Ibadah Antara Maghrib dan Isya

Beribadah antara Maghrib dan Isya’

Di antara Sunnah yang amat dituntut ialah mengisikan waktu antara Maghrib dan Isya’ dengan Shalat. ltulah yang paling afdhol sekali. Ataupun gunakanlah waktu itu dengan membaca AI-Quran atau berzikir kepada Allah Ta ‘ala seperti bertasbih, bertahlil dan sebagainya.

Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

من صلى بعد المغرب ست ركعات لا يفصل بينهن بكلام عدلن له عبادة اثنتي عشره سنة

“Barang siapa yang Shalat enam rakaat sesudah Maghrib, tidak diselangi antaranya dengan sesuatu bicara, niscaya samalah pahalanya dengan ibadah dua belas tahun.”

Pada riwayat yang lain: Barang siapa yang Shalat dua puluh rakaat antara Maghrib dan Isya’, akan dibina untuknya sebuah rumah di syurga.

Tegasnya, waktu antara Maghrib dan Isya’ itu adalah waktu yang paling mulia dan paling utama. Maka adalah wajar sekali anda menggunakannya dengan memperbanyak amal ibadah dan mengerjakan ketaatan, serta meninggalkan pekerjaan yang sia-sia dan perbuatan yang melalaikan.

Ada riwayat yang mengatakan makruh tidur sebelum Shalat Isya’, maka hendaklah anda menjaga diri dari perkara itu, kerana ia adalah dari adat kebiasaan orang-orang Yahudi.

Dalam sebuah Hadits tersebut:

من نام قبل صلاة العشاء فلا أنام الله عينه

“Siapa yang tidur sebelum Shalat Isya’, moga-moga Allah tiada tidurkan matanya.”


Shalat Sunnah selepas Isya’

Hendaklah anda lazimkan Shalat Sunnah empat rakaat sesudah Shalat Isya’, kerana padanya terdapat banyak kelebihan, sebagaimana sabda RasuluIlah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

أربع بعد العشاء كمثلهن من ليلة القدر

“Empat rakaat (Sunnah) sesudah Isya’, sama pahalanya seperti empat rakaat pada malam Lailatul-qadar.”

Satu rakaat pada Lailatul-qadar sama pahalanya dengan tiga puluh ribu rakaat pada malam-malam yang lain. Ini dapat dihitung dari maksud firman Allah Ta’ala: Malam Lailatul-qadar itu lebih utama dari seribu bulan, cobalah anda renungkan.

Berbicara/bercanda kosong sesudah Shalat Isya’ adalah sangat makruh, kecuali pada perkara-perkara baik, seperti mempelajari ilmu pengetahuan, atau bermuzakarah mengenainya, atau menpelajari perkara-perkara seumpama itu dari amal-amal kebajikan.

Wallahu a'lam ..

#mediafaedahberkah @mediafaedahberkah
 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Keagungan Ramadhan

Niat Puasa

Fadilah Solat Tarawah